Like! Like! Like!

Sunday 6 April 2014

~ SeSi BeLaJaR BuAt KeK ~

0

Maka dengan rasminya aku telah berjaya menamatkan sesi belajar membuat kek.. amboiiihhh.. cam lama sangat gaya bunyinya.. padahal satu hari je.. orang lain dah berzaman gi kelas belajar buat kek.. kih3

Sebelum² ni penah je buat kek.. tapi belajar sendiri je.. search² google n tanya² orang yang dah biasa buat kek.. nak kata jadi tu x jugak.. tapi boleh la.. tapi yang pasti mesti ada jugak cacatnya.. kek jadi pecah² la.. naik terlebih la.. dan macam² lagi la.. hahaha

.... 5.4.2014 ...

Wahhh!! seronok masuk kelas belajar buat kek ni rupanya.. 1st time join memang best sangat.. sangat enjoy masuk kelas ni.. tambah pulak cikgunya hepi go lucky je.. bertambah seronok la jadinya.. hehehe

Ni entry promote la lebih kurang.. walaupun x dapat komisen pun.. tapi belajar kat sini memang besttt...

Haa nak tau siapa cikgunya n belajar kat mana??? Jom tgok kat sini!!! Ni fb dia..


Nama cikgu ni cikgu Linn.. comei je orangnya.. yang mana?? tu yang tengah tu.. kecik molek je kan orangnya.. hehehe...

My group.. Dari kiri : Hana, aku, Cikgu Linn, Wana dan Kak Sariyati

Masa belajar tu satu kelas 16 orang.. bukan buat sorang² tau kek tu tapi dalam group.. 1 group 4 orang so ni la dia orang²nya.. :)


Dalam kelas ni kitaorang belajar buat 3 jenis kek.. American Moist Chocolate Cake, Red Velvet Cake & Pineapple Moist Cake.. 

Yeayyy!!! Kek yang kitaorang buat hari tu semuanya menjadi.. x pecah².. cantik je.. perasan kan.. hahaha.. tapi yang pasti memang puas hati bila tengok kek kita buat menjadi.. best²..

Lepas ni dah boleh buat sendiri je kek.. so x yah dah tempah².. tu pun kalau rajin la kan.. hehehe

Ni la rupa keknya.. hehehe






Kira ok la tu kan.. dekonya pun kira menjadi walaupun x bape nak cantik sangat.. hehehe

Ni gambo² sepanjang kelas kitaorang tu.. Kelas kitaorang start kul 9.00 pagi sampai 5.30 petang.. Fuhh! memang lama la.. 1st time kan.. Kalau orang lain yang dah biasa gi kelas membaking dah biasa la kot.. hehehe

Tengok.. sempat lagi bergambo.. ni nak buat kek ke nk bergambo ni.. kih3

Fuhh! kalau tengok muka sorang² serius je.. blaja².. hehehe

Akhirnya.. ni la hasilnya untuk ke empat² group.. hasil kretiviti masing² menghias.. cantik kan.. hehehe

Apa² pun terima kasih kepada Persatuan Wanita UMP (Matahari) sebab sponsor kitaorang² ni belajar buat kek.. InsyaAllah.. Ilmu yang diperolehi akan dipraktikkan.. 


terima kasih.. terima kasih.. :)

Saturday 8 March 2014

~ Allah LeBiH MeNgeTaHui ~

2

Memang x dinafikan apa yang kita inginkan x semudah kata pujangga, bukan pula seindah madah bicara..

Sememangnya kita hanya insan biasa..

Namun, Allah mengetahui batas kemampuan setiap hambaNya.. Dia tidak akan menguji hati² hambaNya melainkan tersedia hikmah dan ganjaran dariNya, yang kita sendiri tidak sedari.. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan melaksanakan urusan (yang dikehendakinya). Sesungguhnya Dia telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(At-Talaq:2-3)

Rezeki setiap orang ni x sama.. berbeza²..

Kadang² ada orang yang rezekinya lebih.. Ada yang rezekinya kurang.. Ada yang rezekinya lambat.. Ada yang rezekinya cepat.. Ada yang berusaha tiap hari tapi rezeki x nampak lagi.. Ada yang baru nak start berusaha terus dapat rezeki.. Ada yang dah bertahun berusaha tapi rezeki x dapat lagi..

Sebab apa??

Sebab itu semua kerja Allah..

Kita ni hanya hamba..

Kita cuba dan cuba dan macam² lagi, tapi tu semua Allah yang tentukan..

So x perlu la kita persoalkan kenapa?? dan mengapa??

Seolah² kita menidakkan ketentuan Allah..

Allah lebih mengetahui segala²nya.. Dia la penentu segala²nya.. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita.. Allah mempunyai maksud dan perancanganNya sendiri untuk setiap hambaNya.. Jadi bila kita sedar maksud perancangan dan ketetapan Allah pada kita so itu semua akan membawa kepada kesudahan yang baik.. Maka jiwa kita tidak lagi bergolak.. Kita tidak perlu lagi berasa kecewa, dukacita dan sedih dalam jiwa kita apabila sesuatu yang kita inginkan tidak kesampaian...

Yang penting.. Kita kena Redha dan Ikhlas menerima ketentuanNya.... :)



"Carilah Hikmah Dalam Setiap Ketentuan Tuhan, Agar Timbul Rasa Kesyukuran & Keredhaan"



Saturday 22 February 2014

~ BaNjiR oH BaNjiR ~

0


Subhanallah.. Besarnya dugaanmu.. Namun kita sebagai umatNya perlu Redha dan bersabar menghadapi segala dugaan Allah yang tiada siapa pun mampu menolaknya.. Banjir besar yang berlaku di Kuantan menjadi penutup tirai bagi tahun 2013 yang menggamit 1001 perasaan bagi setiap mangsa banjir dan disifatkan sebagai banjir terburuk yang berlaku dalam hidup semua mangsa yang terlibat..

Musibah banjir yang berlaku bermula 3 Disember 2013 menjadi kenangan yang mengusik jiwa dan tidak mungkin dapat dilupakan oleh seluruh warga Kuantan... Banjir besar yang berlaku telah menenggelamkan kediaman dan harta benda serta meragut beberapa nyawa.. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat dan Al-fatihah buat mangsa... Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang² yang beriman...

Alhamdulillah.. walaupun banjir yang berlaku banyak memusnahkan harta benda kami dan adik beradik yang lain, namun kami tetap bersyukur kerana kami semua selamat..

Bila diingat kembali, perasaan ni terasa sayu dan sedih.. penat dan lelah menghadapi situasi semasa dan selepas banjir membuatkan hati berbicara sendiri.. semua ini milik Allah.. dipinjamkan sementara buat kami.. merasai dan menikmati.. di kala dikehendaki, Dia pasti akan mengambilnya kembali.. perasaan yang tidak tergambar bila melihat segalanya musnah.. Namun.. Hati ini perlu redha... hanya sabar yang dapat merawat minda di saat hati sedang berduka memikirkan kemusnahan dan kerugian yang dialami... Setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Allah x kan duga kami kalau kami x mampu.. Allah beri kami hanya sekelumit dugaan agar kami terjaga.. Dugaan ini banyak mengajar kami erti kesabaran, erti tolak ansur, kerjasama, hubungan kekeluargaan dan banyak lagi la.. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki kepada kami selepas ini.. Aminnn...

3 Disember 2013, 7.00 pagi.. air dah mengelilingi rumah dan mula naik ke garaj kereta.. 

Jalan menghala masuk ke perumahan kitaorang..

Masa ni pukul 10.30 pagi.. air dah mula nak masuk dalam rumah.. kereta masa tu parking dalam garaj.. bila tengok keadaan air dah mula naik, so terpaksa la buat sesuatu kat BGU ni.. buat apa yang patut nak mengelak kete tenggelam banjir..

Masa ni pulak kul 11.30 pagi.. dah mula risau sbb air semakin naik.. x boleh jadi ni kete biar dalam garaj.. bila tengok keadaan air yang makin lama makin naik, mmg tenggelam jugak kete ni jawabnya kalau dibiarkan.. so kene la alih jugak ke tempat yang lebih selamat.. nasib baik la ada abang ipar dan jiran tetangga yang prihatin sudi membantu.. terima kasih semua.. :)

Dalam kul 5 petang air makin naik.. air dah mula masuk rumah kul 12 tghr lagi.. so petang tu kitaorang dah mula kene keluar dari kawasan perumahan.. eletrik pun dah xde time tu.. pihak TNB dah mula potong bekalan elektrik di beberapa kawasan tertentu bagi mengelakkan perkara yang x diingini berlaku.. penduduk di kawasan perumahan kitaorang masa tu ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sek. Men. Sg. Isap.. Tp kitaorang adik beradik x duduk pun kat situ.. kita semua berpindah kat rumah sewa aku.. lps kawen aku dan husband mmg ada sewa rumah tp x duduk pun sbb temankan mak yang duduk sorang² sejak arwah abah dah xde.. nasib baik la ada umah sewa kitaorang tu.. kurang² selesa la sikit nak makan tido walaupun kelengkapan kat rumah tu x complete lg sbb rata² diaorang yang berpindah ke pusat pemindahan, semuanya cakap sangat² x selesa.. dengan eletrik xde.. air xde.. makanan x ckup.. macam² lagi la.. mmg kesian sgt kat jiran² yang terpaksa berkampung kat situ.. 

Ni keadaan rumah masa hari ke-3 banjir.. time ni air dah mula surut di beberapa kawasan di kuantan.. tapi kat rumah kitaorang umah stil dikelilingi air lagi.. kat tempat lain, diaorang dah mula mengemas rumah sbb air dah xde dalam rumah.. 

Hari ke-2 xde gambar sbb masa tu air tgh tinggi melebihi paras dada.. so x sesiapa pun dibenarkan berada di kawasan perumahan kitaorang tu bagi mengelakkan perkara yang x diingini berlaku.. yerlakan air tgh tinggi.. lagipun di beberapa kawasan dah ada berlaku kematian akibat lemas.. takut jugakkan.. tapi actually my hubby n abg ipar stil pg jugak hari ke-2 tu.. untuk alih kereta ke tempat yang lebih tinggi.. kalau x alih mmg tenggelam la kereta.. tu pun nak masuk ke perumahan kitaorang tu kene tumpang bot² yang ada kat sekitar situ sbb nak redah x boleh dah.. air dah semakin tinggi melebihi paras dada.. 

Hari ke-3 bila air dah surut sikit baru la husband dan abg ipar pg lagi untuk meninjau dan melawat rumah.. hehehe.. tapi mmg bersyukur sangat time ni sbb husband banyak membantu sepanjang banjir ni.. sian sangat dia.. penat kulu kilir, meredah banjir.. thanks my hubby!! Love u so much!!

Masuk hari ke-4 baru la kitaorang dapat masuk ke rumah untuk mengemas.. tapi serius.. mmg speechless.. bila tengok keadaan rumah, x tau nak mula mengemas dari mana.. dalam rumah mmg betul² macam tongkang pecah.. sedih aku pedih.. huk.huk.huk 

Operasi mengemas dan membasuh baju yang sangat memenatkan.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. huhuhu

Alhamdulilah.. dalam keadaan kami tgh berduka dan tgh melalui saat² yang memenatkan, ramai hamba Allah yang datang membantu dan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban kami.. x kira la dalam bentuk makanan, kewangan dan juga bantuan tenaga serta masa.. mmg sgt² menghargainya.. 

Jutaan terima kasih yang x terhingga diucapkan kepada semua yang telah menghulurkan bantuan terutamanya kepada staf dari opis aku (PPKPK, UMP), staf & pelajar dari fakulti husband (FKASA, UMP) dan juga dari JK Banjir Universiti Malaysia Pahang (UMP). Hanya Allah je yang dapat membalas jasa kalian.. 

Semoga tiada lagi banjir seperti ini di masa akan datang dan semoga Allah lindungi kami dari segala musibah.. Aminn..




Sesungguhnya musibah banjir mengajar kita untuk mensyukuri nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita dan membuka minda kita terus muhasabah diri sebelum kita tiba di destinasi abadi...



.

.