Like! Like! Like!

Saturday, 15 February 2014

~ RaiKaN CiNtA (PaRt 4) ~

0

 - 28 September 2013 -
Di hari persandingan......


Waktu yang di tunggu² akhirnya muncul.. Sentiasa mengharapkan majlis persandingan berjalan lancar seperti yang dirancang..
Alhamdulillah.. dengan cuaca yang baik hari tu, majlis berlangsung dengan meriah.. kawan-kawan dan sedara mara yang jauh pun turut datang meraikan.. tima kasih semua.. Love u all...

Sebelum majlis bersanding, kitaorang buat Majlis Bacaan Yassin dulu.. 

Majlis persandingan kitaorang buat selepas Zohor.. Sebelum kul 1 ptg rombongan pihak lelaki dah sampai.. tapi diaorg duk menunggu di homestay yang kitaorg sewa dekat dengan rumah.. Selepas zohor baru diaorg berarak ke rumah.. Tengok.. ayu je gadis² dulang pihak lelaki ni kan.. comei² belaka.. hehehe

Ni my lovely family.. sedih bila tengok gambar ni sbb arwah abah xde.. sedih bila ingat semula sbb arwah abah x sempat nak bersama-sama meraikan majlis perkahwinan aku.. kalau ikutkan semasa arwah abah ada dulu, dia la yang mula sibuk planning untuk majlis ni.. dah mula pikir pasal kanopi, pasal perjalanan majlis dan macam² la.. Tapi kita hanya merancang.. Tuhan yang menentukan..Tuhan lebih sayangkan arwah.. Arwah pg dulu sebelum majlis perkahwinan aku.. Aku berharap mak kuat menjalani kehidupan tanpa arwah abah di sisi.. Kami semua sentiasa merindui arwah abah.. Hanya doa yang dapat dikirimkan buat arwah.. Semoga arwah abah tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang² yang beriman.. Aminn..

Masa ni abang ipar pun x de.. sibuk sangat kot.. masing² jadi tulang belakang majlis kan.. kalau x de diaorg rasanya memang huru-hara jugak majlis dibuatnya.. nasib baik diaorg ada untuk turut membantu menjayakan majlis.. abg wan, abg zam dan abg heri.. Terima kasih banyak abg² ipar ku.. :)

Ni gambar orang kuat majlis jugak.. hehehe.. Tanpa diaorang x sempurna la majlis.. Terima kasih semua.. :)

Ni ayah dan mak mertua aku.. 

Yang ni pulak adik-beradik husband + adik ipar + bakal adik ipar.. hehehe 

Ni hantaran untuk pihak lelaki.. tempah.. beli barang pastu upah orang buatkan.. nak buat sendiri mmg x terbuat la jawabnya.. kih3

   
 



Ni pulak hantaran daripada pihak lelaki..










Ni kek kawen kitaorang.. tema bowling.. menyingkap kisah pertemuan kitaorang.. perkenalan bermula di lantai bowling.. cewahhh.. hahaha

Ni pelamin kitaorang.. simple je.. hehehe


Hari tu tetamu turut dijamukan dengan aiskrim dan cendol.. x sempat pun nak rasa.. tapi ramai yang cakap sedap.. Alhamdulillah.. 

Gambar sekitar majlis.....

Ni selepas majlis.. Outdoor.. nak pg Taman Gelora tapi hari dah nak hujan time tu.. lepas tu jauh pulak tu.. lgpun dah penat rasa.. so bergambar dekat² jer la.. Ok je kan.. :)

Alhamdulillah.. Akhirnya selesai sudah majlis perkahwinan aku dan suami.. 
Eriena Bt Kamarozaman & Kamarul Azri Bin Harun.. 
Rancangan yang diatur selama lebih kurang 6 bulan selepas pertunangan akhirnya terlaksana dan berjalan dengan suasana meriah.. Semoga perkahwinan kami akan kekal hingga hujung nyawa..

Kepada semua keluarga, saudara-mara, kawan² yang sudi hadir memeriahkan majlis, aku ucapkan terima kasih x terhingga.. terima kasih sangat².. terharu sangat rasa.. 
LOVE U ALL..

~ Buat suamiku..terima kasih kerana menaikkan darjatku sebagai isterimu yang sah ~






~ RaiKaN CiNtA (PaRt 4) ~ 


No Response to "~ RaiKaN CiNtA (PaRt 4) ~ "

Post a Comment

.

.