Like! Like! Like!

Tuesday, 24 April 2012

~ TrAnSfOrMaTiOn (Part 2) ~

2
Alhamdulillah.. Akhirnya.. selesai jugak sesi men'transform' BGU ke wajah baru.. setelah penat ke hulu ke hilir hujung minggu baru ni.. hehehe.. rasa sangat puas ati.. pada mata sendiri mmg rs cam ok tp pada mata org x tau la kan.. x kisah la.. janji puas ati dapat buat apa yg diidamkan selama ni.. bak kata kakak sulong aku, make 'ter over'.. cantek2.. like2!!! hahaha...

Sebelum di make over



Proses make over dah bermula


Akhirnya.. Dah siap pun.. hehehe..

Sebelum

Selepas

Haaa cam mana?? ok x?? hahaha... Ermmm tapi yang pasti sangat puas hati bila dah setel proses 'mentransform' BGU ni.. Tapi ni Part 2.. Ada lagi Part 3.. Tapi Part 3 tu mungkin lambat lagi la kot.. Sebulan?? Setgh tahun?? Setahun?? 2 tahun??  Ermmm ntah bila pulak la agaknya.. tp hope satu hari nanti dapat la buat yg Part 3 tu.. hehehe... Aminnnn...

Wednesday, 18 April 2012

~ UbAt HaTi YaNg TerLukA ~

0
Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana.

Beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang terluka. Keberkesanannya bergantung kepada diri kita, namun berikut adalah cara yang sering dikongsi oleh pakar.
 
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja kita sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan kita, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Kita takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian kita kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.


2. Buang Sikap Risau

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa kita pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan kita dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat kita selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri kita mengawal emosi.


3. Belajar Rajin Bersyukur

Ucap syukur atas kesemua yang kita ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana kita masih ada 5 deria yang lengkap; kita boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, kita ada kawan rapat yang memahami kita dan kita mempunyai handphone kesayangan kita. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.


4. Belajar Menjadi Pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, kita selalu rasa sedih dan kecewa kerana kita tidak memaafkan kesalahan diri kita di masa lalu ataupun kita tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri kita satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri kita.


5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan kita serta menjadikan kita girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri kita dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; agar kita boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan kita boleh ketawa? Come on...


6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh mengubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada kita, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki kita murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada kita. Kita menjadi apa yang kita selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan kita boleh tarik semua yang baik-baik?
Fikir yang buruk, kita dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.


7. Hati Mesti 'Keras'

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan kita di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.

Cuba ingat balik kejahatan kecil yang kita lakukan pada orang lain, mungkin ada walau kita tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk kita. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Tuesday, 17 April 2012

~ TrAnSfOrMaTiOn (Part 1) ~

0
Fuhh!! Setelah lama duk idam² nk pkai seat bucket akhirnya.. dapat jugak.. hehehe.. tp yang ni jer la yang mampu.. x kisah lah kan.. janji dapat.. Hepi sgt² bila dah dapat apa yg diidamkan.. hehehe..

Now, next step nak transform seat belakang pulak.. Nak tukar sekali dengan seat depan baru ni x sempat.. kebetulan pulak kat kedai tu dia banyak nak buat kereta lain so x de rezeki la nak buat lagi.. pastu dia suruh datang hari rabu, keje pulak.. adoii.. so nmpak gayanyer kena tunggu hujung minggu jugak la.. huhuhu... x sabornyer.... tunggguuuuu....

Friday, 13 April 2012

~ KKDG 9 PiN TaP Bowling ToUrNaMeNt ~

0
Fuhh!! mmg hebat la gayanyer barisan pemain 9 pin tap bowling ni.. muka ceria je belaka ni.. sape yg menangnyer ni?? hahaha... biasa la.. menang kalah tu adat la kan.. yang penting hepiii!!! mmg syokk la.. buat pertama kalinya team KKDG berentap dengan game '9 pin tap' dan yang penting berentap dengan kemasukan seorang lagi ahli baru iaitu Abg Reza kita (baju putih pkai cap).. Fuhh mmg boleh tahan game ritu.. Game ni berlangsung pada 11 April 2012.. Menggunakan kesempatan yg ada time cuti umum sempena Hari Pertabalan Yang di Pertuan Agong. Manyak syokkk cuti.....

Haaa... nak tau resultnyer.. ni la dia.. hebatkan sorang².. hehehe... Pape pun tahniah kepada pemenang dan kepada yang kurang bernasib baik, cuba lagi di game lain yang akan datang.. Insyaallah kita buat lagi tournament lepas ni.. hope dapat sambutan yang menggalakkan macam game ni jugak.. lagi ramai lagi best kan..

Aikkk ni awek cun mana pulak ni?? hahaha... ni la dia supporter kitaorg.. ayu nama dia.. seme org dia sokong.. x tau la mana satu pemain feveret dia.. tapi ofcos la sokong ayah dia kan.. kan kan ayu kan.... hahaha.. haa sape lg kalau bukan Abg Reza kita.. tu la ayahnyer.. hehehe...

Haa yang ni pulak adik ayu, imran dan kekasih hati pengarang jantung Abg Reza kita.. Ni la wifenyer.. mmg supporter paling kuat.. sepanjang masa ada kat lane menunggu anak² dan suami main bowling.. Very gud mommy n wife!! hehehe...

Ok lah.. Sekarang jom kita tengok gelagat semasa tournament pulak la..






Abe yus tengok apa tu abe yus?? hahaha...




Ni abg reza kita ni nape pulak?? Suka sgt yer bola masuk longkang..









Pemain bersama supporter kuat.. hehehe










Apa cer?? dh ready nk buat balingan?? hahaha









Aikkk... smpat lg posing?? anak sape la ni ek.. ish ish ish...



Amboiii.. twin la sangat ni kononnyer.. x sama dan x serupa pun.. hahaha












Fuhhh! Konsentret abis abe yus kita ni.. Strike dok tu? hehehe...













Ni kompem msg bini ni.. lalalala....  










Hahaha.. Macam² diaorg ni kan.. dah siap tengok gambar jom kita layan video pulak.. kita tengok pulak sedang mana terer x terernyer diaorg ni main.. hahaha.. jom layanzzzz.....

 Video ahli-ahli KKDG beraksi dlm Tournament 9 Pin Tap Megalanes 2012.

.

.