12 Jun.... Lahirnya seorang puteri kepada ayahanda Kamarozaman Omar dan ibunda Ramlah Mohd Aris yang diberi nama Eriena.. Fuhh.. sangat berbangga dengan nama yang telah diberikan.. Terima kasih abah n mak.. tanpa mu tiadanya wanita bernama ERIENA BT KAMAROZAMAN di muka bumi ini..
Alhamdulillah... Syukur atas limpah dan rahmatMu Ya Allah.. dari setahun ke setahun, sehingga lah ke hari ini, Kau telah memberikan peluang untukku terus bernafas atas muka bumiMu ini Ya Allah.. Aku sangat² bersyukur.. dengan peluang yang ada aku dapat terus hidup di sisi orang-orang yang sentiasa menyayangiku dan dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada kedua ibubapaku.. Apa yang ku harapkan daripadaNya, agar aku diberikan kesihatan yang baik untuk melaksanakan segala apa yang aku impikan dan segala yang aku harapkan selama ini..
Sesungguhnya aku juga bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doa-doaku.. memberikanku pertolongan, taufiq dan hidayahNya dalam aku menempuh segala ujian dan dugaan yang datang dengan penuh tenang, sabar dan cekal..Aku yakin setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya..setiap yang berlaku juga telah mematangkan aku untuk meneruskan kehidupan..
Di kesempatan yg ada ni aku nk ucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih di atas ribuan
ucapan Selamat Hari Lahir di Facebook, email, sms dan
lain-lain. Juga pada seluruh keluarga dan semua kawan² yang telah banyak
berdoa, memberi sokongan dan dorongan kepada insan yang bernama Eriena ini.. Tima kasih sangat².. Sangat² menghargainya.. Love u all so muchhhh!!!
Kepada kawan² yang menyambut ulangtahun pada bulan 6 jugak, aku ucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran.. Semoga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, diberkati dan dirahmati Allah dalam menjalani kehidupan seharian.. Semoga ceria² dan bahagia selalu hendaknyer.. Aminnnn...
Best kan tengok kek² ni seme.. tima kasih banyak² pada kakak
kesayanganku yang sangat² rajin buat surprise dengan buat kek yang sgt
sedap.. tima kasih kak ngah jie.. kepada kakak² n family ku seme thanks sebab jayakan suprise tu.. hehehe... sangat² hepi dan terharu.. sayang korang ketat²....
Kek ni pun sedap.. tima kasih kat Pengurus Bowling Wanita UMP.. kakak ku Jamiaah Noor Rahmad.. tima kasih kak atas pemberian kek yang sangat comel ni.. Tahun depan kalau panjang umur bagi lagi ek.. hehehehe...
Terima kasih Semuaaaa!!!!!
.:. Fero! Fero! Fero! where r u???... hahahaha....
Eh.. eh.. Dah masuk bulan Jun upanya.. Kejap je kan.. pejam celik, pejam celik dh masuk tengah tahun dah.. ish ish ish cepatnya masa berlalu.. Pape pun syukur padaMu Ya Allah kerana masih memberikan aku peluang bernafas di atas muka bumi Mu ini Ya Allah.. Alhamdulillah.. Syukur...
Wahhh.. sekarang orang sibuk cakap pasal cite petang² kul 7 sampai kul 8 mlm yang kat tv3 tu kan.. Cite Seindah Sakura.. korang tengok x? hehehe.. Cite ni kalau orang yang hatinya bersegi² bila tengok cite ni mesti hati dia jadi berbentuk LOVE.. yer kan?? hahaha... Sekarang ni kalau xde buat pape petang² memang layan jugak la cite ni.. Ok la.. Not bad... So bagi yang x tengok cite ni, aku stori mori la ckit sinopsis Drama Seindah Sakura tu ek...
Untuk pengetahuan korang, drama Seindah Sakura adalah adaptasi dari sebuah novel yang memang tajuknya SEINDAH SAKURA. Drama arahan Zul
Huzaimy ni dibintangi oleh Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato' Eizlan
Yusof, Eryna, Fimie Don dan ramai lagi pelakon hebat. Drama ni menjalani pengambaran sekitar Kuantan Pahang dan Kota Paris.
Drama terbitan Temenggung Pictures Sdn Bhd ini menampilkan Fahrin Ahmad
(Cikgu Airil) sebagai seorang cikgu manakala Fasha Sandha (Shakira) memegang watak seorang murid
miskin dan bermasalah di sekolah..
SiNoPsiS:
Menceritakan kisah sedih
menyayat hati kehidupan shakira yang terpaksa mengharungi pelbagai
rintangan dan dugaan bersama neneknya sejak mereka ditinggalkan ibunya
sejak kecil. Walaupun shakira telah ditinggalkan oleh ibunya, dia terus
tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, nek kiah.
Roda terus berputar dan tanpa disedari Shakira kini sudahpun menjangkau
usia remaja dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Dengan baju yang bertampal sana sini, kasut yang koyak rabak, rambut
tidak terurus dengan penampilan yang selekeh, Shakira sering kali diejek
oleh rakan-rakan sekelas yang lain. Kadang kala, Shakira terpaksa
ponteng sekolah kerana masalah kesihatan Nek Kiah yang memerlukan
penjagaannya. Pada masa yang sama, sekolah Shakira juga menerima
kehadiran Airil, seorang cikgu baru yang tampan dan cukup berdedikasi
demi mendidik para pelajar agar menjadi insan yang berguna.
Sikap Shakira yang selalu tidak hadir ke kelas telah mendapat perhatian
Airil. Tanpa soal selidik, Airil terus mendenda Shakira agar gadis itu
sedar atas kesilapannya, namun Shakira langsung tidak mengendahkan
teguran Airil kerana baginya orang seperti Airil tidak akan memahami
situasi orang miskin sepertinya. Ini membuatkan guru baru itu bertambah
geram dengan Shakira dan sering mencari kesalahan Shakira. Sehinggalah
pada suatu hari Pak Jamil sendiri pergi berjumpa dengan pengetua sekolah
untuk menceritakan tentang nenek Shakira yang telah dimasukkan ke
hospital. Sejak itu barulah Airil mengetahui punca utama Shakira sering
tidak hadir ke sekolah. Saat itu, perasaan bersalah bertalu-talu
menghimpit diri Airil. Airil cuba memberi kata-kata perangsang dan
menjadi peneman Shakira semasa di hospital sehinggakan mereka mula
menyimpan satu rasa di dalam hati masing-masing.
Datuk Malik, bapa saudara kepada Airil merupakan seorang pengusaha yang
kaya yang selalu bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin
termasuklah Shakira. Datuk Malik melayan Shakira seperti anaknya sendiri
dan Shakira pula bersyukur dengan perhatian dan bantuan yang diberikan
Datuk Malik. Shakira tidak pernah menunjukkan perasaan sukanya pada
Airil tetapi dia sering dilihat seperti tertunggu dengan kedatangan
cikgu yang ternyata berbeza dengan tanggapan pertamanya dulu. Sekarang
Shakira dapat menumpukan perhatian pada pelajaran.
Baru beberapa hari dia mengecapi saat gembira bersama neneknya, Rosnah
muncul di rumah mereka dalam keadaan yang berkudis di seluruh tubuhnya
serta tak bermaya. Shakira begitu gembira dengan kepulangan Rosnah akan
tetapi neneknya seperti tidak selesa dengan kepulangannya kerana
merasakan Rosnah akan membebankan Shakira.
Orang kampung begitu membenci dengan kepulangan Rosnah yang membawa
penyakit AIDS. Malah Shakira dan nenek Kiah juga terkena tempias menjadi
mangsa kebencian penduduk kampung apabila mereka dipulaukan oleh
penduduk kampung. Akhirnya penderitaan Rosnah berakhir setelah beliau
meninggal dunia. Kemudian Datuk Malik telah mempelawa Shakira dan
neneknya untuk berpindah di rumahnya. Jika sebelum ini Airil jarang ke
rumah Datuk Malik tetapi kini dia sering balik setiap hujung minggu
untuk menemui Shakira. Airil makin terpikat dengan sifat Shakira yang
sopan, sabar, selamba. Akan tetapi Airil berasa terperangkap dengan
janjinya bersama arwah isteri Datuk Malik untuk berkahwin dengan anak
mereka iaitu Anida.
Sejak kehadiran Shakira di rumah Datuk Malik, Anida adalah orang yang
paling tidak menyukainya kerana beranggapan Shakira gadis miskin dan
kotor yang telah merampas perhatian ayah dan Airil daripada dirinya.
Shakira selalu dikutuk dan dihina oleh Anida. Tiap kali Anida nampak
Airil mesra dan bergurau senda dengan Shakira, setiap kali itu jugalah
Anida akan membalas semula dengan perbuatan yang menyakitkan Shakira.
Anida memainkan peranannya untuk mempengaruhi Airil tentang keburukan
Shakira yang diciptanya sendiri. Suatu hari Anida telah memfitnah
Shakira. Kejadian itu telah menyebabkan Airil menghantar
Shakira ke rumah perlindungan gadis, Rumah Bakti Kasih tanpa berbincang
dengan Datuk Malik yang ketika itu berada di luar daerah. Airil yang
kecewa dengan apa telah terjadi, dengan hati yang berat dia telah
mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke luar negara.
Enam bulan telah berlalu dan Shakira telah selesai menduduki SPM. Datuk
Malik membawa Shakira pulang ke rumah. Shakira berasa hairan melihat
Datuk Malik yang seperti resah dan punya masalah. Apabila ditanya, Datuk
Malik sebenarnya mahu melamar Shakira. Shakira amat terkejut dan tak
menyangka Datuk Malik yang selama ini dianggap ikhlas rupanya punya niat
lain dan mahukan balasan. Namun apakah akan terjadi seterusnya? Adakah
Shakira akan memperjudikan nasibnya dengan berkahwin bersama Datuk Malik
demi membalas jasa lelaki yang dianggap seperti ayahnya itu? Ataupun
Shakira akan menunggu kepulangan cinta pertamanya iaitu Airil? Antara
Airil dan Datuk Malik, siapakah menjadi pilihan Shakira? Apakah tindakan jahat yang akan
dilakukan oleh Anida untuk menyekat Shakira mengecapi kebahagiaan?
Mampukah Shakira menikmati kebahagian tanpa pengorbanan??
Haaa... cam tu la serba sedikit alkisahnya Drama Seindah Sakura tu..
Berapa peratus persamaan antara jalan cerita Seindah Sakura Versi Novel
dan Versi Drama kena tonton dan nilai sendiri je la nanti yer..
hehehe...