Like! Like! Like!

Wednesday, 28 March 2012

~ SaBaR DeNgAn UjiAn ALLAH ~

0
Alhamdulillah.. sehingga hari ini kita masih lagi bernafas dan diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk terus hidup dan diberi peluang untuk perbaiki kehidupan kita. Setiap manusia x pernah lari dari melakukan kesilapan dan setiap manusia juga sentiasa diberikan ujian oleh Allah dalam pelbagai bentuk.

Ujian, musibah, masalah hidup semua datangnya dari Allah. Tujuan didatangkan itu semua kepada kita bukan untuk mnyusahkan hidup hamba²Nya tetapi ada sebab dan hikmah disebaliknya. Kita sebagai hambanya perlu bersyukur kerana melalui ujian yang telah diberikan kepada kita tu la dapat membuka mata hati kita dalam mengenal erti kesabaran, tidak berputus asa dan sekaligus dapat menambahkan keimanan kita kepadaNya. Setiap ujian dan dugaan yg kita lalui sedikit sebanyak juga dapat mematangkan kita. Kita perlu sedar bahawa setiap ujian yg datang menandakan Allah sayang pada kita..

Sesungguhnya kita perlu bersyukur dan redha dengan setiap ujian dan dugaan yang diturunkan kepada kita..  Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Allah lebih mengetahui segala-galanya.. Dia telah mengatur dan merancang segalanya untuk kita...

Di dalam Al-Quran juga ada menyatakan bahawa Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya.. Allah tahu setakat mana kekuatan kita untuk menghadapi setiap ujian yang diberikan.. Cuma kita sebagai hambaNya hanya perlu bersabar dalam menghadapi setiap ujian dan musibah yang berlaku.. yang penting kita perlu yakin bahawa Allah telah aturkan yang terbaik untuk kita.. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah disebalik ujian yang ditimpakan..

Dalam kehidupan manusia.. riang, ketawa, gembira, sedih.. hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan seseorang.. jika kita rasa kecewa, cuba kita biarkan kekecewaan itu mengalir seperti sungai.. air tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalangnya.. jika rasa sedih, kita alihkan lah pandangan kita ke arah langit agar kita sedar, Allah sentiasa berada bersama kita.. berdoalah kepada Allah.. Allah lah tempat kita mengadu.. Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita.. JANGANLAH kita malu untuk merayu kepadaNya.. malu untuk meminta kepadaNya.. memohon kepadaNya.. Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya.. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar..

Thursday, 15 March 2012

~ 60 PeTuA MeNcAri JoDoH ~

0
  1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ianya berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
  2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
  3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
  4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
  5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
  6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
  7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
  8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, Kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
  9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
  10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
  11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
  12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
  13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
  14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
  15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
  16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
  17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
  18. Makin mudah Kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
  19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
  20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
  21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
  22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
  23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
  24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. Perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
  25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
  26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
  27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
  28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
  29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
  30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
  31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
  32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
  33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
  34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa, sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
  35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan, tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
  36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
  37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
  38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
  39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada
    kita.
  40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
  41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
  42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
  43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
  44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
  45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
  46. Cari keunikan, kelucuan atau kegilaan bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
  47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
  48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
  49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman, bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
  50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
  51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
  52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
  53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
  54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
  55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
  56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
  57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
  58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
  59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
  60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Thursday, 8 March 2012

~ SeLaMat HaRi WaNitA... ~

0
 41 Kelebihan Wanita Islam...
  1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
  2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh. 
  3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 
  4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S. 
  5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga. 
  6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga. 
  7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 
  8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 
  9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 
  10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 
  11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya). 
  12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.” 
  13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki. 
  14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). 
  15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 
  16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T. 
  17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 
  18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 
  19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T. 
  20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. 
  21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat. 
  22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 
  23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 
  24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. 
  25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. 
  26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut. 
  27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. 
  28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. 
  29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya. 
  30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. 
  31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. 
  32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. 
  33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. 
  34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid. 
  35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. 
  37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa. 
  38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. 
  39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. 
  40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. 
  41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Selamat menyambut HARI WANITA SEDUNIA kepada semua wanita di Malaysia!!!
8 MAC 2012

Monday, 5 March 2012

~ JaLaN² Di BaNdAr MeLaKa ~

0
Wahhh!!! mmg impress giler bila pg melaka baru2 ni.. terlalu banyak perubahan n pembangunan.. mmg cantik sgt.. semakin bnyak tempat menarik yg boleh kita pg.. hr tu aku pg ri jumaat balik ri ahad (2-4 Mac 2012).. kalau ikutkan mmg x ckup ms nk berjalan.. bnyak lg tempat yg x sempat nk pg.. huhuhu..

Aku pg ri jumaat ptg 2hb tu.. aku bertolak dr KL.. sbb pg tu aku ada lawatan keje ke Putrajaya.. balik dr Putrajaya tu br gerak ke Melaka.. kebetulan pulak hari tu besday my younger sister.. Hepi besday ayu!!! Semoga panjang umur, murah rzki n cepat dapat jodoh (solo gituuu.. hahaha).. Kira2 celebrate besday dia la kononnya kt melaka ni.. hehehe..

Perjalanan dari KL ke Melaka x smpai 2 jam pun.. kat Melaka tu kitaorg duduk kat homestay.. SHA_RIDZ HOMESTAY.. kat area Bukit Katil.. Kalau nk ke bndar tu dekat la, x smpai 10 minit kot.. So far Alhamdulillah, homestay yg kitaorg duduk tu sgt memuaskan.. semua kelengkapan ada.. siap basuh kain lg.. so balik tu x de la bwk balik bju kotor byk sgt kn.. Pape pun thanks kepada tuan umah, En Khairul sbb bagi penginapan yg selesa kepada kami.. hehehe..


Haaa.. ni keadaan di luar umah.. Kat ctu perumahan baru.. so umah pun x banyak lg.. agak selesa la dengan keadaan yg sunyi dan tenang.. kalau nk tgok keadaan dalam umah, korang leh lawat sndiri blog dia http://sharidzhomestay.blogspot.com/

Ermm dh lama x bjln ke Melaka kn, so bila pg ke bndar Melaka tu mmg agak terkejut la dgn perubahan2 n bandar dia yg semakin membangun.. mcm2 ada.. mmg kalah la Kuantan.. bukan terlalu memuji n bukan nk mengutuk tmpat sndri tp that's reality.. pg bukan time cuti sekolah pun punya la ramainya org, kalau pg time cuti sekolah x tau la cm mn kn.. tentu crowded giler..


Ni namanya Menara Taming Sari.. Kalau nak naik, orang dewasa - RM 20 seorang n kanak2 - RM 15 seorang..


Dataran Pahlawan ni pulak kira2nya bersebelahan dengan Menara Taming Sari.. Dekat je.. leh jln kaki je.. Mmg besar sgt kalau masuk kt dalam ni.. Mcm2 ada.. mmg jauh beza la kalau nk dibandingkan dengan East Cost Mall tu.. hehehe...


Ni pulak Muzium Samudera.. rsnya korang seme mesti dh pnah pg kan.. sbb biasanya kalau sape2 yg pg Melaka mesti nk masuk kt cni sbb nk tau apa ada kt dalam kn.. Kalau nk masuk kt cni pulak kalau org dewasa - RM 3 seorang n kanak2 - RM 1 seorang..


Ni antara apa yg ada kt dalam muzium tu.. Cantik kan.. Kalau tgok kat dalam tu mmg banyak la patung2.. Best jugak la masuk dalam ni sbb selain leh bergambar, kita leh dpt sedikit sebnyk info psl sejarah melaka ni kan..

Haaa kt Melaka ni yg glemernya beca dia.. ada mcm2 jnis.. semenya cantik2.. kalau korang pg Melaka try la naik beca ni.. best jugak upanya naik beca ni.. tp harganya boleh thn jugak la.. satu beca RM25.. kalau nk murah RM 10.. tp dekat je la diaorg bwk.. hehehe...

Dah pnat berjln2 mesti la pnat kan.. haaa pastu apa lg, masa utk mkn la.. so kita cite psl mkn pulak.. hehehe.. kt Melaka ni apa yg specialnya kuah asam pedas.. actually kitaorg pun x tau sgt kt mn tempat yg best.. so kitaorg try2 je la kan.. masuk je mn2 kedai yg rs2 cam menarik.. tmbh pulak perut dh lapar kan..

Kedai yg kitaorg pg ni kat deretan kedai yg berhadapan dengan Menara Taming Sari (seberang jalan).. Nama kedai tu Asam Pedas Selera Kampung.. Lauk2 kt ctu not bad la.. sedap2 jugak.. harga pun kira berpatutan la.. x mahal sgt n x murah sgt..

Ermm best kan tgok ikan tu siap hidang dalam kuali lg.. mmg selera la mkn dgn perut yg tgh lapar, sehingga menjilat jari la org kata.. hahaha..

Selain drpd tu, apa yg menarik lg kat Melaka ni adalah 'River Cruise'.. Naik bot keliling area bndar Melaka.. Bukan keliliing satu bandar Melaka yekk.. hehehe.. tp ada la tempat2 yg berkaitan.. tp mmg puas hati la sbb dapat keliling tgok bangunan2 n rumah2 yg cantik n menarik..


Best kan tgok.. nnt sape2 yg lum pernah naik River Cruise ni better try.. mmg x rugi la.. kira puas ati jugak la kalau naik.. Kalau nk naik River Cruise ni, org dewasa - RM 10 seorg n kanak2 - RM 5 seorg.. tp kena ada IC tau.. sbb kalau x de IC dia caj RM 20 seorg.. kiranya dia caj harga pelancong luar la..

Actually bnyk lg tmpt menarik yg leh kita lawat kt Melaka ni.. tp disebabkan x ckup masa so itu jerla antara tmpt2 yg aku sempat pg + tempat2 shoping brg souvenir .. Last destinasi yg aku pg sblm balik, tempat kete lembu.. sempat la merasa naik kete lembu.. sebelum ni lalu je.. kali ni dapat la naik.. hehehe..


Kalau nk naik kete lembu ni satu trip RM10.. Dekat jer la.. x la jauh sgt.. agak2 satu pusingan pg balik dalam 200 meter kot.. Maksimum 6 org la kalau nk naik.. kalau naik ramai2 sian pulak kat lembu ni kan.. berat.. hahaha.. 

Ermm pasni kalau ada rzki n pjg umur nk jugak pg jln2 lg ke Melaka.. sbb byk lg tmpt2 yg x smpat nk pg.. Hope satu hari nnt dapat la pg lg n dapat pg tmpat lain pulak.. Bestnyerrrr..

.

.