Alhamdulillah.. sehingga hari ini kita masih lagi bernafas dan diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk terus hidup dan diberi peluang untuk perbaiki kehidupan kita. Setiap manusia x pernah lari dari melakukan kesilapan dan setiap manusia juga sentiasa diberikan ujian oleh Allah dalam pelbagai bentuk.
Ujian, musibah, masalah hidup semua datangnya dari Allah. Tujuan didatangkan itu semua kepada kita bukan untuk mnyusahkan hidup hamba²Nya tetapi ada sebab dan hikmah disebaliknya. Kita sebagai hambanya perlu bersyukur kerana melalui ujian yang telah diberikan kepada kita tu la dapat membuka mata hati kita dalam mengenal erti kesabaran, tidak berputus asa dan sekaligus dapat menambahkan keimanan kita kepadaNya. Setiap ujian dan dugaan yg kita lalui sedikit sebanyak juga dapat mematangkan kita. Kita perlu sedar bahawa setiap ujian yg datang menandakan Allah sayang pada kita..
Sesungguhnya kita perlu bersyukur dan redha dengan setiap ujian dan dugaan yang diturunkan kepada kita.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Allah lebih mengetahui segala-galanya.. Dia telah mengatur dan merancang segalanya untuk kita...
Di dalam Al-Quran juga ada menyatakan bahawa Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya.. Allah tahu setakat mana kekuatan kita untuk menghadapi setiap ujian yang diberikan.. Cuma kita sebagai hambaNya hanya perlu bersabar dalam menghadapi setiap ujian dan musibah yang berlaku.. yang penting kita perlu yakin bahawa Allah telah aturkan yang terbaik untuk kita.. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah disebalik ujian yang ditimpakan..
Dalam kehidupan manusia.. riang, ketawa, gembira, sedih.. hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan seseorang.. jika kita rasa kecewa, cuba kita biarkan kekecewaan itu mengalir seperti sungai.. air tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalangnya.. jika rasa sedih, kita alihkan lah pandangan kita ke arah langit agar kita sedar, Allah sentiasa berada bersama kita.. berdoalah kepada Allah.. Allah lah tempat kita mengadu.. Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita.. JANGANLAH kita malu untuk merayu kepadaNya.. malu untuk meminta kepadaNya.. memohon kepadaNya.. Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya.. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar..
No Response to "~ SaBaR DeNgAn UjiAn ALLAH ~"
Post a Comment