Like! Like! Like!

Saturday, 11 January 2014

AkHiRNyA KeMbaLi SeMuLa...

0

Fuhhh lama giler x berblog.. cam dah terkubur je blog ni.. dah lama betul x update.. mgkin banyak berlaku perkara-perkara yang diluar jangkaan sampai nak berblog pun x de mood..


23 Disember 2012....

Kembalinya abah ke rahmatullah.. Perasaan yang sangat sedih yang x dapat di gambarkan dengan kata².. Kematian mengejut di saat kami sekeluarga belum bersedia untuk menghadapi keadaan ketiadaan abah di sisi kami.. 

Pada aku arwah abah adalah abah yang paling hebat di dunia ni.. Bermacam² cara digunakan arwah abah untuk mendidik kami adik beradik.. Terlalu banyak peninggalan arwah abah yang membuatkan kami selalu teringatkannya.. memori bersama arwah abah x kan pernah kami sekeluarga lupakan.. MISS U SO MUCH ABAH!!! Rindu serindu rindunya.. Al-Fatihah.. Semoga arwah abah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang² yang beriman.. Aminn...


Abah..
Engkau seorang insan yang mulia
Seorang insan yang istimewa yang sangat ku kagumi
Tiada siapa yang dapat menggantikan tempatmu
Akan sentiasa abah di hati ini

Abah..
Sungguh besar pengorbananmu
Kau tetap teguh demi anak-anakmu
Tidak pernah mengenal erti penat lelah 
Demi membesarkan anak-anakmu
Apa saja sanggup kau lakukan

Abah..
Kini kau tiada lagi
Kau pergi menyahut seruan Ilahi
Sungguh berat hati ini untuk merelakan pemergianmu
Namun aku redha dengan suratan ini

Abah..
Meski tiada segunung emas yang kau wariskan
Tetapi kau telah mewariskan sesuatu yang lebih berharga 
Sesuatu yang lebih bercahaya daripada emas dan permata 
Sesuatu yang boleh menerangi kegelapan
Didikan yang telah kau curahkan
Menjadi azimat ampuh untuk menempuh hari-hari mendatang

Abah..
Terima kasih atas segala pengorbananmu
Akak ku ingati pengorbananmu
Tidak akan pernah aku melupakan jasa-jasamu
Kau insan yang sangat ku sayang dunia dan akhirat

Abah..
Maafkan anakmu ini
Maafkan segala kesalahan anakmu
Kini anakmu hanya mampu mengutus doa buatmu
Damai lah engkau di sana...





RINDU DALAM KENANGAN...














No Response to "AkHiRNyA KeMbaLi SeMuLa..."

Post a Comment

.

.